Penduduk Bina Khemah Atas Bukit Sebagai Persediaan Banjir Gelombang Kedua!

LocalEnvironment
10 Dec 2024 • 9:46 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Dilaporkan penduduk Kampung Pasir Era di Kuala Krai mengambil langkah persediaan bagi menghadapi gelombang kedua banjir  dengan membina lebih 10 khemah di atas bukit. 

Dikatakan Khemah ini mampu menampung kira-kira 500 penduduk dari Kampung Pasir Era, Kampung Kuala Nal, Kampung Kelubi, dan Kampung Kuala Hau.

Menurut Penghulu Mukim Kuala Nal, Abd Samad Che Yajid, khemah tersebut dibina sewaktu gelombang banjir pertama dan akan dikekalkan sehingga musim tengkujuh berakhir.

Alhamdulillah, ketika banjir gelombang pertama, kami tidak perlu memanjat bukit ini tetapi terkepung selepas banyak kawasan ditenggelami air.

Persediaan daripada pengalaman banjir 2014

image is not available
Gambar Hiasan Banjir Kelantan 2014

Untuk pengetahuan korang, khemah ini dibina berdasarkan pengalaman banjir besar pada 2014, di mana penduduk terpaksa memanjat bukit tanpa persiapan. 

Pembinaan khemah ini juga dilakukan secara bergotong-royong dalam masa dua hari menggunakan kayu, papan lapis, dan kanvas. Tambahnya beberapa khemah dilengkapi ruang memasak untuk keselesaan penduduk.

Kita tidak mengehadkan keluasannya kerana ada penduduk yang mempunyai ramai ahli keluarga untuk keselesaan mereka berlindung.

Minta kerajaan naik taraf kemudahan

image is not available

Selain itu, beliau turut mencadangkan penubuhan pusat pemindahan sementara (PPS) tetap untuk mengurangkan kebergantungan pada PPS di luar kampung dan meminta kerajaan menaik taraf dewan serba guna di kampung itu agar boleh digunakan sebagai tempat perlindungan mangsa banjir.

#OhmediaNasihat

Pengalaman lepas membuatkan  kita lebih bersedia menghadapi bencana alam seperti banjir. 

Apa-apa pun tindakan penduduk Kampung Pasir Era ini patut dijadikan contoh kerana mementingkan keselamatan keluarga dan komuniti.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved