Penduduk dakwa aktiviti balak cemarkan Sungai Panawan

16 Mar 2024 • 3:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

NABAWAN: Penduduk di beberapa kampung di Mukim Sepulut terutama yang tinggal di tepi sungai mendakwa pembalakan di Kampung Sungoi Mayo dekat sungai Panawan menyebabkan pencemaran sungai itu.

Antara kampung terlibat adalah Kampung Sinsingon, Kampung Kalapakon, Kampung Panawan, Kampung Padang, Kampung Manduluh dan Kampung Tandilan.

Jurucakap penduduk Aleh Palanok mendakwa pembalakan aktif dijalankan di tepi sungai itu, yang merupakan sumber air penduduk selama ini.