Penduduk Di Indonesia Gempar Temui Cecair Disyaki Minyak Ketika Gerudi Perigi

LocalEnvironment
10 Jan 2026 • 6:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penduduk Di Indonesia Gempar Temui Cecair Disyaki Minyak Ketika Gerudi Perigi

Indonesia — Para penduduk di Kabupaten Bangkalan, Jawa Timur gempar dengan penemuan cecair yang disyaki minyak mentah di halaman rumah seorang penduduk di Dusun Manakajah.

Memetik laporan Kompas.com, cecair itu ditemui ketika penduduk sedang menggerudi perigi di halaman rumah tersebut.

Difahamkan, sasaran penggerudian pada awal adalah sedalam 200 hingga 250 meter. Namun, pada hari ke-11 penggerudian, cecair hijau gelap yang didakwa berbau seperti gas muncul dari lubang sedalam 105 meter.

Cecair itu kemudiannya mencuri tumpuan penduduk tempatan. Ramai yang cuba menyalakannya dengan menggunakan mancis dan ia menyala.

BACA JUGA: Ringgit Makin Kuat, Media Indonesia Dakwa Ini 3 ‘Senjata Rahsia’ Malaysia

Dalam pada itu, ramai penduduk yang berpusu-pusu ke kawasan tersebut dengan membawa botol dan tong plastik untuk mengambil cecair itu.

Seorang penduduk berkata akan menggunakan bahan itu untuk membakar sampah atau kayu bagi memasak di dapur.

“Disebabkan ramai yang mengambilnya, saya pun turut ambil juga. Mungkin nanti untuk membakar kayu atau sampah,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk turut tiba di lokasi sambil membawa botol air mineral kosong. Dia kemudian menuangkan cecair yang mengalir dari perigi itu ke dalam botolnya.

@pojokmadura.id

Bangkalan- Warga Dusun Larangan Desa Penyaksagan, Kecamatan Klampis, Bangkalan dihebohkan dengan temuan minyak mentah yang keluar dari lubang sumur bor. Munculnya minyak mentah itu terjadi dihalaman rumah warga yang hendak melakukan pengeboran sumur. Namun, pada kedalaman 105 meter malah muncul cairan berupa minyak mentah. #bangkalan #pojokmaduraid #sumurbor #minyakbumi #madura

♬ suara asli – pojokmadura.id – pojokmadura.id

“Warnanya hijau tetapi keruh. Seperti bahan api yang dijual di stesen minyak, tetapi ia lebih gelap dan keruh.

“Saya ambil sebotol tadi kerana ingin tahu. Penduduk tempatan biasanya menggunakan kayu untuk membakarnya, kerana ramai orang masih memasak menggunakan dapur tungku,” katanya.

Ketua Mukim, Ardy Pradhana menyatakan bahawa cecair yang dikumpulkan oleh penduduk hanya digunakan untuk membakar sampah.

image is not available
Kredit: Radarbangkalan

Beliau juga menasihatkan penduduk supaya tidak menggunakan cecair tersebut sebagai bahan api kenderaan.

Di samping itu, Ketua Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Bangkalan, M Zainul Qomar berkata lokasi tersebut kini telah ditutup bagi mengelakkan risiko bahaya kepada penduduk.

“Demi keselamatan penduduk, perigi itu telah ditutup. Esok kami akan ke sana bersama Agensi Alam Sekitar (DLH), Ketua Bahagian Ekonomi dan pasukan dari Jabatan Tenaga dan Sumber Mineral Jawa Timur. Semoga ia boleh diuji tidak lama lagi,” ujarnya.

@inilahcom

Pemerintah Kabupaten (Pemkab) Bangkalan, Jawa Timur berencana melakukan uji laboratorium terhadap cairan seperti minyak yang keluar dari sumur bor warga di Desa Panyaksagan, Kecamatan Klampis. Kepala Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Bangkalan Zainul Qomar, Kamis (8/1/2026) malam, menyebut pihaknya telah berkoordinasi dengan Dinas Lingkungan Hidup Bangkalan. “Saat ini kami sudah berkoordinasi dengan Dinas Lingkungan Hidup (DLH) dan Bagian Perekonomian Pemkab Bangkalan sebagai dasar pertimbangan laporan ke Bagian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM) Pemerintah Provinsi Jawa Timur agar dilakukan uji lab,” kata dia. – Selengkapnya kunjungi website dengan klik link di bio atau download aplikasi di AppStore dan Google Play Store. #inilahNews #Bangkalan #Inilahcom #titiktengah #titikcerah

♬ original sound – Inilah.com – Inilah.com

Sumber: Kompas.com

The post Penduduk Di Indonesia Gempar Temui Cecair Disyaki Minyak Ketika Gerudi Perigi appeared first on Siakap Keli.