Penduduk Melaka, Johor, Lembah Klang rasa gegaran dalam 3 saat

LocalEnvironment
22 Sep 2026 • 5:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penduduk Melaka, Johor, Lembah Klang rasa gegaran dalam 3 saat

PETALING JAYA – Gegaran susulan gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 yang berlaku di perairan Batu Pahat, Johor petang tadi dilaporkan dirasai penduduk di beberapa kawasan termasuk Johor, Melaka dan Lembah Klang.

Gegaran kira-kira tiga saat itu dikongsikan penduduk sekitar menerusi beberapa hantaran di media sosial.

Mereka turut mengakui terkejut selepas merasakan rumah, bangunan serta perabot bergegar.

“Saya tinggal di PJ (Petaling Jaya) memang rasa katil bergegar tadi, tak lama beberapa saat ja. Rumah saya tingkat tiga,” kongsi seorang pengguna.

“Korang (kalian) yang tinggal kawasan Kajang, ada rasa tak gegaran tadi? Kuat gila,” kata Syu Mokhtar.

“Kawan pejabat kata ada gegaran tadi. Bergoyang lampu. Pejabat dekat Puchong,” kata Fahmi Salihan dalam satu hantaran di Threads.

“Di Melaka ada rasa gegaran tadi. Ada gempa bumi. Rasa gegar tadi. Kalian dapat rasa tak?,” soal @fizzkhld.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi lemah itu berlaku pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur.

Menurut MetMalaysia, pusat gempa terletak kira-kira 27 kilometer barat daya dari Batu Pahat, Johor, dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran dirasai di Batu Pahat, Johor dan kawasan sekitarnya,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia berkata pihaknya akan terus memantau keadaan berkenaan.

MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran susulan kejadian itu mengisi borang soal selidik yang disediakan pihaknya bagi mendapatkan maklumat mengenai kesan gegaran di lokasi masing-masing. – KOSMO! ONLINE

The post Penduduk Melaka, Johor, Lembah Klang rasa gegaran dalam 3 saat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved