Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil

11 Feb 2024 • 1:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GUA MUSANG: Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini, meminta jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sungai itu yang didakwa tercemar akibat sisa buangan sejak tiga tahun lepas.

Sungai Ketil merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu dan cuti persekolahan.

Wan Jasmy Wan Abdullah, 42, berkata pada Jumaat lepas, keadaan sungai nampak teruk dan warna air menjadi gelap namun situasi itu berkurangan menjelang waktu petang.

“Saya tidak pasti apa punca warna sungai ini jadi gelap sama ada daripada sisa bahan buangan atau sebaliknya tetapi ikan juga pernah dijumpai mati,“ katanya ketika ditemui pemberita di Rimba Wangi, di sini hari ini.

Khairul Ezwan Wahet, 47, pula berkata sungai itu menjadi antara kawasan rekreasi Rimba Wangi di bawah Kelab Rukun Tetangga (KRT) Taman Wangi yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk berkelah dan mandi-manda.

“Saya harap pihak berkuasa memandang serius dan selesaikan segera masalah ini sekiranya sungai ini berlaku pencemaran,“ katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata pihak berkuasa diminta mengambil tindakan termasuk mengambil sampel air kerana pencemaran sungai boleh mengganggu kesejahteraan dan keselamatan penduduk. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved