Penduduk persoal bilik gerakan politik atas jalan raya, ganggu laluan sekolah

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 4:28 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Penduduk persoal bilik gerakan politik atas jalan raya, ganggu laluan sekolah

SEREMBAN – Sebuah bilik gerakan parti politik yang didakwa didirikan di atas bahagian jalan raya berhampiran dua sekolah di Taman Seri Pagi mencetuskan rungutan orang ramai apabila dikatakan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan murid.

Dakwaan itu tular menerusi hantaran di Facebook Suara Rakyat Paroi, yang mendakwa khemah berkenaan telah didirikan hampir dua minggu di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Pagi dan Sekolah Menengah (SM) Taman Seri Pagi.

Menurut hantaran itu, lokasi khemah berkenaan dikatakan menyukarkan pergerakan ibu bapa ketika menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah, selain menimbulkan persoalan sama ada pemasangannya mematuhi peraturan ditetapkan.

“Sudah hampir dua minggu khemah ini didirikan. Dalam tempoh itu, ramai ibu bapa terpaksa berdepan kesesakan ketika menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah.

“Persoalannya, adakah lokasi ini benar-benar sesuai dijadikan bilik gerakan? Lebih penting lagi, adakah pemasangan khemah di kawasan jalan raya ini telah mendapat permit dan kelulusan daripada pihak berkuasa?” menurut hantaran tersebut.

Hantaran itu turut menggesa pihak berkaitan memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan bagi memastikan undang-undang dilaksanakan secara adil tanpa mengira mana-mana pihak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved