Penduduk Sipitang minta jambatan konkrit lebih tinggi

4 Aug 2024 • 2:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

SIPITANG: Penduduk Kampung Meligan menggesa Kerajaan membina jambatan konkrit lebih tinggi untuk menggantikan jambatan sedia ada, kerana kerap dibanjiri disebabkan hujan lebat.

Seorang penduduk Jenifer Opai, berkata kekerapan banjir menyebabkan gangguan lalu lintas, menjadikan jambatan tidak dapat dilalui kebanyakan kenderaan, kecuali lori sejak 10 pagi Jumaat.

Banjir tersebut menjejaskan beberapa kampung, termasuk Kampung Long Pasia, Kampung Long Mio, Kampung Batu Nuduk, Kampung Abpa Kemadang dan Kampung Iburuh, kerana bergantung kepada jambatan itu untuk sampai ke Sipitang.

“Jambatan terlalu rendah, menyebabkan ia mudah dibanjiri disebabkan hujan lebat sejak Khamis. Banyak kenderaan terkandas, sama ada menuju ke Sipitang atau balik ke kampung,” katanya.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Petani yang ingin ke pasar untuk menjual hasil tanaman mereka di Sipitang khususnya terjejas, kerana mereka tidak dapat mengangkut hasil mereka menyeberangi jambatan dibanjiri.

“Arus sungai yang deras ketika banjir membahayakan kenderaan kecil, malah pacuan empat roda, yang berrisiko dihanyutkan arus, serta boleh menyebabkan kemalangan,” tambahannya.

Jambatan itu, dibina 33 tahun lalu untuk mengangkut kayu balak Sabah Forest Industry (SFI), tidak pernah dinaik taraf kepada jambatan konkrit lebih tinggi dari paras sungai.

Meskipun sudah dibincangkan bertahun lamanya untuk menaiktaraf jambatan itu, tiada tindakan nyata yang diambil, menyebabkan penduduk tidak pasti bila atau jika penambahbaikan akan dilakukan.

Jenifer menggesa Kerajaan menaiktaraf jambatan itu kerana ia perlu untuk meningkatkan keselamatan, memastikan pengangkutan boleh diharap dan memupuk pertumbuhan sosioekonomi di kawasan itu.

“Banjir ini menghalang pelancong dan menyekat pergerakan kenderaan kecemasan, termasuk ambulans, yang mungkin kritikal bagi pesakit, terutamanya wanita mengandung,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.