Penerbangan Senai-Jeddah dibatalkan, keluarga reda

12 Oct 2026 • 3:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penerbangan Senai-Jeddah dibatalkan, keluarga reda

PETALING JAYA – Seorang pengguna Threads meluahkan rasa sedih selepas penerbangan keluarganya dari Senai ke Jeddah dibatalkan pada saat akhir.

Menerusi perkongsian the.yie di media sosial, penerbangan Malaysia Airlines MH154 yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 2.50 petang esok dibatalkan.

“Allah, ujian buat kami sekeluarga. Penerbangan kami dibatalkan, Senai-Jeddah. Doa urusan kami dipermudahkan,” katanya.

Notis daripada Malaysia Airlines memaklumkan bahawa bagi pembatalan operasi biasa, aturan perjalanan alternatif akan disediakan dalam tempoh tiga jam.

Bagaimanapun, dalam keadaan luar biasa di luar kawalan syarikat, penempatan semula penumpang dengan segera mungkin tidak dapat dilakukan.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman sama apabila penerbangan ke Jeddah dan Madinah dibatalkan.

Ada pengguna lain mendakwa penerbangan ahli keluarga mereka turut terjejas, selain berharap segala urusan penumpang dipermudahkan.

Seorang pengguna turut mencadangkan kemungkinan laluan transit sebagai alternatif, manakala yang lain mengingatkan supaya reda dengan ujian yang berlaku. – KOSMO! ONLINE

The post Penerbangan Senai-Jeddah dibatalkan, keluarga reda appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved