Penerbangan sulung Ningbo penuh

5 Aug 2024 • 2:55 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengumumkan pelancaran penerbangan sulung AirAsia dari Ningbo ke Kota Kinabalu pada 2 Ogos lalu.

Dalam penerbangan sulung itu, 179 penumpang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, memenuhi 96 peratus kapasiti penerbangan.

Laluan baharu ini akan beroperasi tiga kali seminggu, setiap Rabu, Jumaat dan Ahad, dengan kapasiti 186 tempat duduk bagi setiap penerbangan, menyediakan 558 tempat duduk seminggu, meningkatkan lagi ketersambungan antara Sabah dan China.

Menteri Pelancongan, Kebudayaaan, dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata laluan baharu ini bukan sahaja mengukuhkan industri pelancongan bahkan memupuk hubungan budaya dan ekonomi lebih erat di antara wilayah kita.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more “Kami berterima kasih kepada AirAsia atas sokongan dan komitmen berterusan mereka untuk meluaskan capaian Sabah. Kita menyaksikan pertumbuhan ketara dari China, dengan 167,371 ketibaan direkodkan sehingga Mei tahun ini.”

“Kami menjangkakan peningkatan ketersambungan ini akan meningkatkan ketibaan pelancong dengan ketara, memberi manfaat kepada perniagaan tempatan, dan menggalakkan pertukaran budaya. Ketersambungan baharu ini sejajar dengan rancangan strategik Lembaga Pelancongan Sabah untuk meningkatkan daya tarikan dan kebolehcapaian rantau ini sebagai destinasi pelancongan utama,” katanya.

Dengan laluan baharu ini, Sabah kini menerima 83 penerbangan mingguan dari sembilan kota di China. Daripada ini, 62 penerbangan dioperasikan oleh AirAsia, menghubungkan Sabah ke Hong Kong, Guangzhou, Shenzhen, Shanghai, Wuhan, Beijing, Fuzhou, dan kini Ningbo.

Pengarah Urusan AirAsia Malaysia Dato’ Kapten Fareh Mazputra berkata: “Ini sememangnya satu lagi kejayaan ketika kami meraikan pendirian kami sebagai syarikat penerbangan asing terbesar di China.

Dengan pengumuman baru-baru ini mengenai laluan baharu kami ke Kunming dari hab kedua terbesar di Malaysia ini, AirAsia akan mengendalikan sejumlah 10 laluan dengan 69 penerbangan mingguan ke China bermula 25 September 2024

“Kami gembira menyaksikan perkhidmatan kami ke China berkembang dengan permintaan yang kukuh. Selain itu, dengan perkongsian strategik lima tahun baru-baru ini dengan Lembaga Pelancongan Sabah, kami komited untuk memainkan peranan kami dalam industri penerbangan untuk meningkatkan dan memudahkan pelancongan di Sabah, terutamanya dalam mengembangkan perkhidmatan ke pasaran China.”

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah Julinus Jeffery Jimit dan Fareh berada di KKIA untuk mengalu-alukan penumpang dari Ningbo.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.