Peneroka israel merosakkan kenderaan warga Palestin di Salfit

21 Mar 2023 • 10:26 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

SALFIT: Peneroka israel memotong tayar beberapa kenderaan milik Palestin dan disembur cat di bandar Salfit, Tebing Barat yang diduduki, kata sumber tempatan.

Sumber memberitahu WAFA bahawa peneroka menyelinap masuk ke bandar pada awal subuh, memotong tayar 10 kenderaan, dan menyembur cat perkauman serta slogan anti-Palestin di dinding rumah yang terletak di bahagian utara bandar itu.

Keganasan peneroka israel terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka adalah rutin di Tebing Barat dan jarang didakwa oleh pihak berkuasa israel.

Keganasan peneroka telah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Palestin. Pasukan keselamatan israel membolehkan tindakan ini, yang mengakibatkan korban Palestin cedera, terkorban serta kerosakan kepada tanah dan harta benda.

Jenayah israel terbaharu menjadikan jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh penjajah israel sejak awal tahun ini kepada 89, termasuk 17 kanak-kanak dan seorang wanita tua.

Hampir 150 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis pada 2022, menjadikannya tahun paling maut di kawasan tersebut sejak 2004.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia