Samsung kini telah memulakan langkah untuk menamatkan aplikasi Samsung Mesej (atau turut dikenali Samsung Messages). Penamatan dijangka dilakukan secara berperingkat, dengan ia disasarkan untuk ditamatkan di Amerika Syarikat menjelang Julai 2026 kelak.

Sebagai alternatif untuknya, Samsung mengalakkan pengguna untuk beralih kepada Google Messages sebagai aplikasi permesejan utama – yang turut hadir terbina bersama peranti Android keluaran Samsung. Perubahan ini dilihat akan memberi kesan kepada pengguna peranti terkini, sementara pengguan dengan peranti Android 11 dan sebelumnya tidak terkesan.
Samsung Mesej sebelum ini digunakan untuk menguruskan penerimaan SMS. Dengan peralihan ke Google Messages, pengguna akan dapat menikmati lebih banyak ciri menarik, termasuk sokongan permesejan RCS, integrasi Gemini, dan beberapa yang lain.
Untuk makluman, pihak Samsung telah melakukan peralihan ini secara berperingkat, dan ada beberapa peranti baharu Samsung tidak menyertakan aplikasi Samsung Messages ini sejak 2024 yang lepas.

