‘Pengakhiran hayat yang hebat!’ – Jemaah wanita meninggal dunia selepas Tawaf Wada’, dalam berwuduk

15 Feb 2025 • 9:16 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

“Kematian yang sangat dicemburui….” Demikian tafsiran yang diugkapkan kepada seorang jemaah wanita yang meninggal dunia di Mekah ketika baru sahaja melaksanakan tawaf wada’.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh pendakwah, Ustaz Abdullah Khairi menerusi hantaran di Facebook.

Allahyarhamah Puan Marina merupakan jemaah rombongan Ustaz Abdullah Khairi di bawah syarikatnya UAK Travel & Tours Sdn Bhd.

“Pengakhiran hayat yang hebat! Baru lepas tawaf wada, menangis dalam doa, masih dalam wuduk. Berjalan dengan ceria, tiba tiba jatuh dalam masjid dan meninggal!

“Hebat Puan Marina binti Abdul Wahab, isteri sahabatku Jamaluddin! Innalillahi wainailaihirajun,” tulisnya.

Sementara itu memetik laporan dari Sinar Harian, Allahyarhamah sudah dikebumikan pada Khamis (waktu tempatan) di Tanah Perkuburan Syuhada Al-Haram sejurus selesai solat Maghrib.

“Allahyarhamah disolatkan oleh ribuan manusia di Masjidil Haram selepas solat Maghrib jam 7 malam… meninggal pada hari Jumaat dan malam Nisfu Syaaban.

“Suami dia juga ada beritahu, arwah selalu masak jamu orang makan. Selalu sedekah dan tak banyak bercakap dengan orang lain,” katanya.