Pengalaman Menunggang Honda ADV350 ke Malaysian Cubprix Tangkak

11 Sep 2025 • 5:26 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

image is not available

Perjalanan dari Lembah Klang ke Tangkak sempena pusingan ke-7 Malaysian Cubprix menjadi lebih menarik apabila pasukan TW Media berpeluang menunggang jentera Honda ADV350. Dari awal perjalanan di lebuh raya, ADV350 membuktikan ia bukan sekadar skuter biasa. Dibawa dalam keadaan standard sekitar 110 km/j, tunggangan terasa stabil, selesa dan tidak langsung memberi kesan sakit belakang meskipun perjalanan jauh. Ini hasil daripada sistem suspensi mantap dengan 37 mm upside-down forks di bahagian depan dan twin shock absorbers boleh laras di belakang.

ADV350 turut praktikal ketika melalui kesesakan lalu lintas. Dengan berat 186 kg serta ketinggian tempat duduk 795 mm, jentera ini terasa seimbang dan mudah dikawal walaupun ketika menyelit di celah kenderaan. Paparan LCD yang jelas memaparkan segala maklumat penting, manakala sistem pencahayaan LED penuh meningkatkan keyakinan tunggangan siang dan malam.

Kombinasi jentera ini dengan tayar Metzeler turut memberi pengalaman lebih baik ketika melalui selekoh, menjadikan tunggangan lebih yakin dan stabil.

Dari segi penampilan, ADV350 tampil bergaya ekstrem. Bahagian handle bar yang memberi rasa motosikal naked benar-benar meningkatkan keyakinan menunggang, sesuai dengan kelasnya yang premium.

Kelebihan lain yang menonjol ialah tahap kecekapan minyak. Dengan isian penuh RM20, perjalanan pergi dan balik ke Tangkak masih berbaki sekitar 50 km – hasil tangki 11.7 liter yang cukup praktikal untuk jarak jauh. Tambahan pula, ruang simpanan 48 liter di bawah tempat duduk memudahkan TW Media membawa kamera dan peralatan kerja.

image is not available

Kesimpulannya, Honda ADV350 bukan sekadar jentera gaya hidup – ia menawarkan keselesaan, praktikaliti, dan kawalan yang meyakinkan untuk perjalanan jauh mahupun selok-belok di bandar.