Pengalaman Pertama Kali Naik ETS, Ini Cara Cari Koc Dan Panduan Gunakan Perkhidmatan ETS

LocalTravel
4 Nov 2024 • 3:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Memandangkan baru-baru ini saya merasai sendiri pengalaman menaiki Keretapi Tanah Melayu Electric Train Service (KTM ETS) daripada Batu Gajah, Perak ke KL Sentral, saya ingin berkongsikan beberapa panduan dan pengalaman naik ETS ini yang mungkin bermanfaat buat pembaca semua.

Untuk yang tak tahu, KTM ETS mempunyai 36 stesen yang berkhidmat sepanjang laluan ini iaitu dua di Perlis, empat di Kedah, empat di Pulau Pinang, 14 di Perak, lima di Selangor, empat di Kuala Lumpur, dua di Melaka dan dua di Negeri Sembilan.

Kelajuan operasi maksimum armada ETS adalah 140 km/jam dan setiap tren boleh mengangkut maksimum 350 orang penumpang, dan terdiri daripada enam gerabak yang mencapai jumlah panjang 138 m dan berat 231.8 ton.

Daripada segi harga, mungkin ETS agak mahal berbanding bas, tetapi kalau dibandingkan daripada segi kelajuan, ETS lebih laju dan wajarlah harganya berbeza. Ada beberapa panduan yang boleh dijadikan rujukan pada pembaca yang mungkin pertama kali ingin menaiki perkhidmatan ini, jom kita mulakan.

Tiket hendaklah ditempah awal

Tempah tiket KTM ETS awal untuk mengelakkan daripada kehabisan tiket, lebih-lebih lagi ketika tiba hari perayaan. Anda boleh menempah tiket melalui dua cara, iaitu melalui stesen KTM berdekatan atau secara atas talian di apps rasmi KTMB.

image is not available
Kredit: via Twitter @marou

Tiket yang ditempah secara atas talian lebih praktikal kerana anda boleh menyemak jumlah tiket yang masih tersedia mengikut tarikh tertentu.

Tarikh perjalanan tiket ETS boleh ditukar

Ini salah satu kelebihan apabila menggunakan ETS. Anda boleh menukar tarikh perjalanan dengan syarat-syarat tertentu sebelum tiba pada tarikh yang sepatutnya.

Disarankan membuat pertukaran tiket dalam masa seminggu sebelum tarikh tiket yang asal. Kalau anda bernasib baik, permohonan pertukaran boleh dilakukan dalam masa 24 jam sebelum masa berlepas.

Penggunaan beg yang sesuai

Pada setiap koc kereta api telah disediakan tempat letak beg bertingkat, namun ruangannya agak terhad. Oleh itu, anda disaran untuk merancang kuantiti beg yang dibawa sekaligus saiz bagasi tersebut.

image is not available

Pakai pakaian yang sesuai

Daripada pengalaman saya, suhu dalam ETS ketika itu agak sejuk, jadi keperluan memakai baju sedikit tebal boleh membantu anda merasa lebih selesa, lagi-lagi jika tempoh perjalanan lama.

image is not available
Kredit: via TikTok @moirpp

Cadangan lain, anda boleh juga membawa selimut nipis untuk alas badan anda daripada terkena aircord terus ke badan anda.

Periksa tiket tren ETS

Hal yang sangat penting sebelum anda menaiki ETS, anda perlu memeriksa tiga perkara ini iaitu nombor kereta api, nombor koc dan nombor tempat duduk.

Nombor kereta api hendaklah mengikut lokasi perjalanan anda, sebagai contoh, nombor kereta api yang dinaiki ini adalah EG9035 dari Batu Gajah, Perak ke Kl Sentral.

Anda juga dikehendaki mengimbas kod tiket mengikut masa kereta api masing-masing. Sekiranya anda tersilap kereta api, anda tidak berjaya untuk melepasi imbasan tersebut.

image is not available

Apakah perbezaan abjad huruf besar dan huruf kecil tempat duduk? Huruf besar merujuk kepada arus pergerakan kereta api yang betul, bermula daripada koc 1A, 2B, 3C, manakala huruf kecil tempat duduk yang berlawanan arus kereta api.

ETS tiada koc tempat tidur

Tiada koc tempat tidur tersedia didalam ETS, kerana perjalanannya lebih singkat serta koc ETS yang baru king lebih luas dan selesa. Pun begitu, lampu akan terpasang sepanjang masa, jadi sukar untuk lelapkan mata bagi orang yang sukar tidur dalam keadaan gelap. Maka, anda disarankan membawa penutup mata untuk pengalaman lebih baik.

image is not available
Kredit: via Facebook @KTMBerhad

Fasiliti tandas, surau dan kafetaria dalam ETS

Dalam ETS ada menyediakan tandas yang moden dan bersih untuk penumpang. Cara untuk membukanya hanya dengan menekan butang buka.

image is not available
Kredit: via TikTok @Eizuwan

Untuk mengunci pintu tandas, anda harus menekan butang tutup. Anda tidak perlu menarik dengan tangan kerana ia akan bergerak secara automatik.

image is not available

Kredit: via TikTok @Eizuwan

image is not available
Kredit: via TikTok @Eizuwan

Sekiranya anda masih tidak yakin, anda boleh bertanya kepada petugas di dalam ETS bagi mengelakkan pintu terbuka secara tiba-tiba.

Apa yang ada di dalam tandas tersebut? Terdapat satu singki, sabun untuk mencuci tangan, tisu dan mangkuk tandas. Setiap kali anda menggunakan tandas, pastikan memeriksa bahagian butang untuk flush.

image is not available
Kredit: via Facebook @BackPackerz

Perkara yang sangat membantu penumpang ialah anda tidak perlu lagi berdiri di hadapan tandas untuk tunggu giliran.

Anda boleh terus melihat pada tanda lampu khas, ia menunjukkan sama ada tanda yang digunakan kosong pada bahagian koc penumpang, mengikut gerabak tandas masing-masing.

Selain itu, fasiliti seperti surau dan kafetaria turut tersedia dengan pelbagai pilihan makanan.

Plug bawah tempat duduk

Setiap kali menaiki pengangkutan awam, sebilangan daripada kita pasti tidak dapat berehat dengan tenang sekiranya bateri telefon bimbit anda kurang, oleh itu ETS menyediakan plug pengecas di bawah tempat duduk. Pun begitu, ia agak tersorok.

image is not available
Kredit: via Twitter @KhairulDigitalflux

image is not available
Kredit: via Twitter @KhairulDigitalflux

Semoga tips ini membantu anda membuat persiapan awal sebelum menaiki kereta api. Selamat mencuba!

Sumber: Tiktok redzuanmanaf87, blqsnsrdn,