“Saya Mohon Maaf Tapi..” – Pengurus Dedah Fattah Amin Tak Terima Kereta Lamborghini

LocalEntertainment
4 Nov 2024 • 11:09 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
fattah amin

Baru-baru ini tular satu video memaparkan Fattah Amin memandu kereta mewah, Lamborghini berwarna ungu.

Sebelum itu, Fattah dilihat bersalaman dan memeluk seorang lelaki lalu diserahkan kunci kereta mewah tersebut.

Fattah Amin tak terima Lamborghini, hanya prop

image is not available

Ramai yang menyangka kereta mewah itu pemberian sebuah kedai emas kepada Fattah Amin. Betul ke? Ini penjelasan pengurus Fattah Amin.

Menurut Sakirin Acha, kereta tersebut adalah sebahagian prop untuk kandungan video sebuah kedai emas.

Saya ingin menegaskan Fattah tidak menerima kereta Lamborghini seperti yang diperkatakan. Kereta itu adalah sebahagian daripada prop untuk sesi penggambaran video kandungan syarikat terbabit.

Memohon maaf atas salah faham

@allfendstudio

Rezeki fattah amin bersama kedai emas ni bagi fattah rezeki yang luas, Sentiasa ade jobkan… @KEDAI EMAS SYAMSUL #allfendstudio #afs

♬ original sound – ALL FEND STUDIO – ALL FEND STUDIO

Tambah Acha, pihaknya memahami jika ada yang tersalah anggap dengan video tersebut, memandangkan ia mudah disalah tafsir sebagai pemberian hadiah.

Oleh itu, beliau turut memohon maaf bagi pihak Fattah dan produksi video tersebut.

Saya mohon maaf tapi Fattah tidak menerima kereta itu daripada pihak berkenaan.

#OhmediaNasihat

Situasi ini mengajar kita betapa pentingnya untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat kesimpulan. Dalam era media sosial, maklumat mudah tular dan boleh mencetuskan salah faham.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved