Penganalisis: Cuaca kering kurangkan pengeluaran tandan buah segar Sarawak Plantation

LocalBusiness & Finance
24 Aug 2026 • 9:55 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Penganalisis: Cuaca kering kurangkan pengeluaran tandan buah segar Sarawak Plantation Image from: Penganalisis: Cuaca kering kurangkan pengeluaran tandan buah segar Sarawak Plantation amree24/08/2026 - 09:55 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 Ogos — Cuaca kering di Sarawak yang menjejaskan pematangan buah memaksa pengurusan Sarawak Plantation Berhad menurunkan sasaran pengeluaran tandan buah segar (FFB) pada tahun ini.

 

Menurut penganalisis, unjuran itu kemungkinan dikurangkan kepada 15% daripada 25% sebelum ini, meskipun kumpulan mencatatkan keuntungan kukuh pada separuh pertama tahun kewangan 2026 (1HFY26).

 

Public Investment Bank (PublicInvest) berkata, keuntungan teras kumpulan meningkat 31% tahun ke tahun (YoY) kepada RM52 juta, yang meliputi 50% daripada unjurannya bagi keseluruhan FY26 sendiri.

 

"Prestasi kukuh Sarawak Plantation dipacu pertumbuhan FFB dan kami menaikkan unjuran hasil FY26 kepada 15% selepas diandaikan harga minyak sawit mentah (MSM) iaitu RM4,500 satu tan," katanya.

 

Justeru, firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dan harga sasaran (TP) RM5.59, berasaskan 12 kali pendapatan sesaham (EPS) FY27, selain ia mengambil kira pertumbuhan pengeluaran industri.

 

Kumpulan itu ujar PublicInvest, turut mengisytiharkan dividen sesaham (DPS) kedua sebanyak 7.5 sen, menjadikan jumlah dividen terkumpul ialah 12.5 sen bagi 1HFY26 berbanding lima sen sebelumnya.

 

Sarawak Plantation_DagangNews2026

 

Bagi suku kedua FY26, pengeluaran FFB Sarawak Plantation naik 12.6% kepada 95,125 tan, manakala harga purata MSM melonjak kepada RM4,447 satu tan berbanding sebelumnya hanya RM4,039 satu tan.

 

MBSB Research pula mengekalkan saranan 'beli' dengan TP disemak kepada RM5.36 selepas meningkatkan unjuran hasil FY26 sebanyak 21.2%, disokong andaian harga MSM lebih baik, dan hasil ladang stabil.

 

"Keuntungan teras bersih bagi 2QFY26 melonjak 74.1% kepada RM31.1 juta, melebihi jangkaan kami apabila menyumbang lebih 60% kepada unjuran keuntungan keseluruhan tahun," kata firma berkenaan.

 

Ujarnya, peningkatan keuntungan Sarawak Plantation turut disokong margin operasi bertambah baik melalui tanaman dalaman dan strategi pembelian FFB kilang, sekali gus mengurangkan kos pemprosesan.

 

Oleh itu MBSB Research, menjangkakan pertumbuhan pendapatan dipacu kematangan 1,000 hektar tanaman baharu dalam FY26, manakala kemunculan fenomena El Niño berpotensi mengurangkan stok serantau.

 

Keadaan tersebut menyokong harga MSM pada 4QFY26 hingga 1QFY27 yang memberi kelebihan kepada kumpulan di samping menegaskan pendedahan 100% Sarawak Plantation beroperasi hanya di Malaysia.

 

"Hubungan sejarahnya yang tinggi dengan harga MSM membolehkan Sarawak Plantation memperoleh manfaat lebih besar sekiranya harga minyak sawit terus meningkat," kata firma itu. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved