Penganalisis Ekonomi Berpendapat Belanjawan 2027 Bakal Jadi ‘Belanjawan Rasa’

LocalBusiness & Finance
8 Oct 2026 • 2:32 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Penganalisis Ekonomi Berpendapat Belanjawan 2027 Bakal Jadi ‘Belanjawan Rasa’

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui setiap tahun Perdana Menteri akan mengumumkan mengenai Belanjawan bagi tahun seterusnya serta perancangan kewangan bagi sektor penting termasuklah untuk rakyat.

Belanjawan 2027 beri tumpuan besar kepada usaha tingkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat

Terbaharu Belanjawan 2027 yang akan diumumkan tidak lama lagi dijangka akan memberikan tumpuan yang lebih besar terhadap usaha meningkatkan pendapatan serta kuasa beli rakyat dan bukan sekadar meneruskan pemberian bantuan sedia ada.

Sebaliknya memastikan manfaat pelbagai reformasi ekonomi kerajaan betul-betul dapat dirasai isi rumah.

Menurut Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid langkah terbabit adalah penting untuk memastikan rakyat:

  • Tidak sahaja mampu berdepan dengan kos sara hidup semasa
  • Ada pendapatan boleh guna yang lebih kukuh
  • Keupayaan membina simpanan serta aset untuk jangka panjang

Katanya empat belanjawan sebelum ini telah meletakkan asas melalui reformasi seperi:

  • Subsidi bersasar
  • Pangkalan Data Utama (PADU)
  • e-Invois
  • Sumbang Tunai Rahmah (STR)

Manfaat kepada asas sebelum ini belum dapat dirasai sepenuhnya

Namun beliau mengatakan manfaat kepada asas terbabit belum dapat dirasai sepenuhnya di peringkat isi rumah.

Ini disebabkan pendapatan boleh guna rakyat adalah kekal terhad.

“Justeru, Belanjawan 2027 bakal menjadi ‘belanjawan rasa’. Reformasi tanpa rasa akan kekal sebagai retorik,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Antara yang dijangka untuk belanjawan 2027 adalah pastikan kos sara hidup terkawal & tak bergantung kepada angka inflasi keseluruhan

Beliau turut menjelaskan antara keutamaan yang dijangka akan dibentangkan dalam Belanjawan 2027 adalah:

  • Memastikan kos sara hidup benar-benar terkawal
  • Tidak hanya bergantung kepada angka inflasi keseluruhan

Tumpuan tersebut agar ia dapat meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat kira-kira RM300-RM500 secara kekal menerusi pelaksanaan gaji RM2,000 secara berperingkat dan Sistem Gaji Berasaskan Produktiviti (PLWS).

Berpandangan bantuan perlu beralih kepada yang mengurangkan kos tetap

Kata Aimi Zulhazmi lagi, beliau berpandangan bantuan perlu beralih kepada sesuatu yang mengurangkan kos tetap contohnya:

  • Baucar taska
  • Skim sewa mampu milik

Selain itu, beliau turut berpendapat tumpuan kepada gaji bermaruah serta pekerjaan bernilai tinggi juga penting.

Ia adalah untuk mengurangkan kebergantungan rakyat kepada bantuan kerajaan dalam jangka panjang.

Ia disebabkan gaji yang meningkat tidak hanya meningkatkan pendapatan bahkan turut membina caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan keupayaan memiliki aset.

Cadangkan sebahagian dari subsiti dialih kepada TVET, AI, dan elaun latihan dengan jaminan kerja

Aimi Zulhazmi turut mencadangkan agar sebahagian daripada subsidi dialihkan kepada pembangunan kemahiran seperti:

  • Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
  • Kecerdasan buatan (AI)
  • Elaun latihan dengan jaminan pekerjaan

Belanjawan perlu pastikan bila kos naik kerajaan mengawal kos, beri jaminan kepada rakyat keluar dari B40 tanpa bantuan

“Perlindungan sosial bagi pekerja gig dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) juga perlu diperkukuh kerana golongan itu terdedah kepada risiko kehilangan pendapatan apabila berdepan sakit serta kecemasan. Antaranya melalui padanan kerajaan bagi i-Saraan serta peluasan perlindungan sosial kepada pekerja gigi dan peniaga kecil.

“Model baharu Belanjawan 2027 perlu memastikan apabila kos naik kerajaan mengawal kos, menaikkan gaji dan memberi kemahiran supaya rakyat boleh keluar daripada B40 tanpa bantuan.

“Belanjawan 2027 jangan jadi belanjawan bantuan, jadi belanjawan pendapatan. Ukur kejayaan bukan berapa bilion bantuan diberi, tetapi berapa ramai keluarga keluar daripada status B40 tanpa bantuan,” ujarnya.

Beri manfaat yang lebih dirasai oleh rakyat jika pelaksanaan dapat tingkatkan kuasa beli dan kurangkan tekanan perbelanjaan asas

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Iqbal Mohd Noor pula berpendapat Belanjawan 2027 ini berpotensi untuk memberikan manfaat yang lebih dirasai oleh rakyat jika pelaksanaannya boleh meningkatkan kuasa beli serta kurangkan tekanan perbelanjaan asas.

Namun dalam keadaan semasa rakyat juga perlu memastikan mereka mampu untuk memenuhi:

  • Keperluan harian
  • Membayar komitmen bulanan
  • Ada baki untuk simpanan masa depan

Oleh itu, beliau berpendapat kerajaan perlu memperkukuh usaha untuk menangani peningkatan kos sara hidup terutama yang mambabitkan:

  • Makanan
  • Perumahan
  • Pengangkutan

Gaji bermaruah bolehkan pekerja untuk penuhi keperluan dan tingkatkan taraf hidup

“Tumpuan kepada gaji bermaruah, pekerjaan bernilai tinggi dan perlindungan sosial dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan taraf hidup rakyat.

“Gaji bermaruah membolehkan pekerja memenuhi keperluan hidup dan membina simpanan, manakala pekerjaan bernilai tinggi menyediakan peluang untuk meningkatkan pendapatan.

“Perlindungan sosial pula membantu mengelakkan keluarga daripada terjerumus dalam kesusahan apabila berlaku kehilangan pekerjaan akibat penyakit atau kemalangan.”

Bila ada kerja yang beri pendapatan mencukupi dan stabil, kebergantungan kepada bantuan kewangan juga berkurangan

Menurut beliau, pelaburan dalam sektor semikonduktor, ekonomi digital dan tenaga bersih ada potensi untuk tingkatkan tahap gaji selain meluaskan lagi peluang kemajuan kerjaya kepada rakyat tempatan.

Apabila pekerjaan boleh memberikan pendapatan yang mencukupi serta stabil maka kebergantungan rakyat kepada bantuan tunai juga dapat dikurangkan.

Walau bagaimanapun, sokongan masih perlu diteruskan kepada golong seperti:

  • Warga emas
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Mereka yang tak mampu bekerja

“Namun, sokongan perlu diteruskan untuk warga emas, orang kurang upaya dan mereka yang tidak mampu bekerja.

“Dalam jangka panjang, tumpuan ini dapat membantu lebih ramai rakyat berdikari, di samping memastikan mereka yang memerlukan bantuan terus mendapat perlindungan yang mencukupi,” jelasnya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved