Penganggur didakwa bunuh warga emas

9 Feb 2023 • 3:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas, Oktober tahun lepas.

KULIM - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas, Oktober tahun lepas.

Shariefuddin Arshad, 57, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha dan tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Shariefuddin didakwa membunuh Fatimah Saleh, 79, di sebuah rumah di Kampung Durian Burung dekat sini antara 9 pagi hingga 10.30 pagi, 4 Oktober 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 12 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Arthini manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama.