
Kota Kinabalu: Seorang penganggur berusia 27 tahun didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya yang berusia lima tahun dua bulan.
Lelaki itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, selepas pertuduhan dibacakan kepadanya pada Jumaat.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu ke atas kanak-kanak terbabit dengan menggosok bahagian sulitnya pada bahagian sulit kanak-kanak itu antara jam 8 pagi hingga 11 pagi pada 4 Feb, tahun ini di dalam bilik di sebuah rumah di Kota Marudu.
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Mahkamah menetapkan 24 April ini untuk sebutan dan pengadu memberi
Sementara menunggu tarikh itu, lelaki itu ditawarkan ikat jamin RM10,000 deposit RM3,000 serta dua orang penjamin tempatan dan melaporkan diri di balai polis Kota Marudu dua kali sebulan serta diberi amaran supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin membantah ikat jamin lelaki itu atas alasan lelaki itu tinggal serumah dengan mangsa dan juga disebabkan hubungan mereka.
Bagaimanapun, peguam Syazwan Shah yang mewakili lelaki itu memaklumkan mahkamah bahawa ibu bapa mangsa membuat laporan polis untuk menarik balik laporan terhadap lelaki itu di Kota Marudu dan ibu bapanya turut hadir di mahkamah pada Jumaat.
Syazwan meminta ikat jamin diberikan dengan mengatakan mangsa dan keluarganya telah berpindah ke Kota Kinabalu dan tidak lagi tinggal di rumah yang sama.
Tambahnya, jumlah ikat jamin lebih rendah perlu diberikan kerana lelaki itu datang daripada keluarga miskin tegar.
Sementara itu, seorang warga Indonesia berusia 23 tahun meminta dibicarakan atas dua pertuduhan melakukan penderaan seksual terhadap adik iparnya.
Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu ke atas remaja perempuan berusia 13 tahun itu dengan membelai payudaranya dan memeluknya di dalam bilik di sebuah rumah di Kota Marudu pada November 2022 kira-kira jam 11 pagi.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengulangi kesalahan sama terhadap remaja sama di tempat sama pada 23 Mac, 2023 jam 7 pagi.
Mahkamah menetapkan 25 Apr untuk sebutan semula dan tiada ikat jamin ditawarkan kepada lelaki itu sementara menunggu kesnya selesai.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

