Penganggur didakwa tikam isteri, cederakan ibu mentua

12 Oct 2026 • 2:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penganggur didakwa tikam isteri, cederakan ibu mentua

KOTA BHARU – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menikam isteri dengan pisau dan mencederakan ibu mentuanya di sebuah rumah di Padang Lepai, Ketereh di sini pada minggu lalu.

Tertuduh, Shahrul Shahrizal Che Saari, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah dan Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah terhadap isterinya, Zulaiha Mat Zin,44, dengan cara menikam mangsa menggunakan senjata pisau di sebuah rumah di Padang Lepai, Ketereh di sini kira-kira pukul 8.30 malam pada 5 Oktober 2026.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A.

Bagi pertuduhan kedua, Shahrul Shahrizal dituduh dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap ibu mentuanya, Paridah Ismail,78, pada lokasi dan masa yang sama, manakala kes dibaca mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli dan Siti Arina Razali manakala tertuduh diwakili peguam, Zainal Abidin Mustaffa.

Dalam prosiding itu, keluarga mangsa turut melantik peguam, Nik Saiful Adli Burhan dan Che Muhammad Redzuan Jihad sebagai peguam pemerhati dalam kes tersebut.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh dihantar Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di Perak selama sebulan untuk menjalani pemeriksaan psikiatri selain menetapkan 18 November ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang jururawat yang parah selepas ditikam sebanyak enam kali oleh suaminya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Padang Lepai, Kadok di sini dikatakan dalam proses memohon perceraian selepas enam tahun berkahwin. – KOSMO! ONLINE

The post Penganggur didakwa tikam isteri, cederakan ibu mentua appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved