Penganggur ditahan miliki heroin, syabu bernilai lebih RM1,300 di Alor Gajah

7 Jan 2026 • 8:58 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Seorang penganggur lelaki ditahan polis di Alor Gajah kerana memiliki dadah heroin dan syabu bernilai lebih RM1,300 serta mempunyai rekod lampau

ALOR GAJAH: Seorang penganggur ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis heroin dan syabu bernilai lebih RM1,300.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ahmad Abu Bakar berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira 4.20 petang Ahad lalu ketika menunggang motosikal di Jalan Baharu Ayer Limau–Jeram, Masjid Tanah.

“Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta didapati positif ujian air kencing,” katanya.

Suspek direman enam hari bermula 5 Jan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Siasatan diteruskan bagi mengesan rangkaian sindiket terlibat.

Polis berharap masyarakat terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah menerusi hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di talian 012-2087222.