
Kota Kinabalu: Seorang penganggur berusia 36 tahun dipenjara lapan tahun dan diperintah dikenakan tiga kali sebatan kerana merompak seorang lelaki.
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Rizal Raflee selepas dia menukar pengakuan dan mengaku terhadap pertuduhan dihadapinya semasa pembelaan.
Mahkamah memerintahkan Rizal menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap.
Rizal merompak Atiqa Ali dengan menggunakan parang dan melarikan RM600 dan kupon tambah nilai bernilai RM350.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Dia melakukan kesalahan itu pada 7.12 malam pada 9 Dis 2022 di kaunter Kedai Runcit A&R Superstore di Jalan Samur, Sipitang.
Kesalahan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi semasa perbicaraan sebelum Rizal diperintahkan membela diri.
Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman itu, Rizal tidak berkata apa-apa.
Timbalan Pendakwa Raya DK Afiqah Alya hadir untuk pendakwaan manakala Rizal tidak diwakili.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
