Penganjur perlu selaraskan laluan larian dengan DBKL, PDRM

26 Sep 2026 • 2:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penganjur perlu selaraskan laluan larian dengan DBKL, PDRM

KUALA LUMPUR – Penganjur acara larian digesa menyelaras laluan tetap di ibu negara dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi mengurangkan gangguan trafik akibat penutupan jalan yang berubah-ubah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, antara pendekatan yang boleh dipertimbangkan ialah menetapkan laluan standard berdasarkan jarak larian, untuk digunakan oleh penganjur acara.

“Tiga kilometer, ini laluannya. Lima kilometer, ini laluannya. Penganjur tidak boleh sesuka hati memilih laluan mana yang mereka nak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pembersihan Mega Hari Cuci Malaysia, di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, di sini, hari ini.

Hannah berkata, penyelarasan itu penting supaya pengguna jalan raya dapat mengetahui lebih awal laluan yang terlibat bagi merancang perjalanan mereka.

“Saya tidak mahu orang ramai tidak dapat merancang perjalanan untuk masuk ke bandar. Kita perlu pastikan larian ini tersusun,” katanya.

Hannah berkata langkah itu bukan bertujuan menghalang penganjuran acara larian, sebaliknya memastikan acara sedemikian dapat dilaksanakan secara lebih teratur tanpa menjejaskan pergerakan trafik di ibu negara, memandangkan lebih sejuta kenderaan memasuki Kuala Lumpur setiap hari.

Beliau berkata penganjur yang memerlukan laluan berbeza boleh mempertimbangkan lokasi lain yang kurang sesak, selain memanfaatkan laluan sedia ada seperti yang digunakan bagi program Hari Tanpa Kenderaan.

“Kuala Lumpur sebuah kota raya yang perlu tersusun. Saya tidak mahu orang ramai membazir masa berjam-jam menunggu jalan dibuka,” ujarnya. – BERNAMA

The post Penganjur perlu selaraskan laluan larian dengan DBKL, PDRM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved