Pengantin baharu, bekas suami direman, bantu siasatan penemuan janin

17 Aug 2026 • 4:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pengantin baharu, bekas suami direman, bantu siasatan penemuan janin

SHAH ALAM, 17 OGOS: Wanita yang baru tiga hari bergelar pengantin baharu ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat janin berusia lima bulan yang ditanam di tepi sebuah rumah di Kuala Krai dipercayai berlaku pada 2024.

Perintah reman terhadap wanita berusia 30 tahun itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan di Mahkamah Majistret Pasir Puteh di sini hari ini.

Turut ditahan reman ialah bekas suaminya, 32, yang bekerja sebagai buruh binaan.

Terdahulu, wanita terbabit tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.50 pagi dibawa anggota polis dengan berbaju lokap ungu dan tangan bergari.

Polis sebelum ini menerima laporan mengenai penemuan janin berusia lima bulan yang ditanam di tepi sebuah rumah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Batu Mengkebang.

Janin berkenaan dipercayai hasil hubungan sulit wanita terbabit dengan teman lelakinya selepas dia bercerai, lapor Sinar Harian.

Perbuatan itu terbongkar selepas berlaku perselisihan faham antara wanita berkenaan dengan bekas suaminya sebelum lelaki itu membuat laporan polis.

Kedua-dua suspek direman hingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved