Lapan suspek kes bunuh pemilik kebun disambung reman

17 Aug 2026 • 5:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lapan suspek kes bunuh pemilik kebun disambung reman

KUALA LANGAT – Tahanan reman ke atas lapan lelaki berhubung siasatan kes bunuh di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Kelambu di sini, minggu lalu dilanjutkan selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, reman kali pertama ke atas kesemua suspek tempatan dan warga asing berusia 20 hingga 70-an selama tujuh hari tamat hari ini.

“Mahkamah membenarkan lanjutan reman empat hari lagi bermula Selasa (esok). Siasatan masih dijalankan merangkumi pelbagai sudut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya petang ini.

Polis giat mengesan seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai ‘Balancing’ dipercayai mempunyai maklumat kejadian pembunuhan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 atau mana-mana balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

The post Lapan suspek kes bunuh pemilik kebun disambung reman appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved