Pengantin kahwin ketika banjir hampir paras pinggang

1 Sep 2026 • 11:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pengantin kahwin ketika banjir hampir paras pinggang

MANILA: Sepasang pengantin di Filipina melangsungkan perkahwinan mereka pada Selasa di sebuah gereja Katolik yang ditenggelami air sehingga hampir  paras pinggang, ketika hujan lebat melanda sebahagian besar negara itu sejak sebulan lalu.

Sambil memegang sejambak bunga putih dan mengenakan gaun putih berpotongan bahu terbuka, Leian Lieza Galang meredah air banjir berwarna coklat keruh dengan berhati-hati di dalam Gereja Saint John the Baptist di bandar Hagonoy, utara Manila, untuk berkahwin dengan Gilbert Chico.

“Kami memakai pakaian perkahwinan lengkap. Kami tidak kisah gaun dan kot kami basah,” kata pengantin lelaki itu kepada AFP.

Paderi kemudian mengisytiharkan pasangan itu, yang kedua-duanya berusia dalam lingkungan 30-an, sebagai suami isteri dalam satu majlis ringkas lewat pagi, kata jurugambar perkahwinan Mikko Rey Alfonso.

“Pihak gereja telah menasihati mereka supaya menangguhkan perkahwinan kerana paras air banjir dari kawasan hulu semakin meningkat. 

“Namun, keputusan untuk meneruskannya dibuat oleh mereka sendiri,” kata Alfonso kepada AFP sambil menambah bahawa gereja itu telah ditenggelami air sebahagiannya selama hampir sebulan.

Pengantin perempuan dan lelaki tiba bersama-sama menaiki sebuah beca bermotor yang mempunyai casis tinggi, bagi memastikan pakaian mereka kekal bersih sebelum turun di halaman gereja, kata Chico.

Kurang daripada 15 orang menghadiri majlis itu, tambahnya. – AFP

 

The post Pengantin kahwin ketika banjir hampir paras pinggang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved