Pengantin Lelaki Campak Duit & Merokok Semasa Resepsi Perkahwinan, Keluarga Kata Ia Hanya ‘Tema’ Majlis

Entertainment
19 Jul 2022 • 10:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Majlis resepsi yang meriah dan mempunyai dekorasi yang indah meskipun sederhana adalah antara impian para gadis yang melangsungkan perkahwinan bersama pasangan yang mereka sayangi.

Namun sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di Indonesia baru-baru ini tular selepas satu video memaparkan pengantin lelaki di majlis berkenaan berkelakuan agak biadap.

Pengantin lelaki selamba merokok, campak duit

Menerusi video yang dikongsikan @elvira0197 di Twitter, pengantin lelaki berkenaan dilihat pada mulanya mencampakkan wang ke atas sofa sambil disaksikan pengantin wanita.

Dia juga seterusnya dilihat menghembuskan asap merokok dengan sewenang-wenangnya di hadapan para tetamu ketika sedang berarak masuk ke pelaminan.

 

Menurut video berkenaan juga, duit yang dilempar ke sofa merupakan mahar wanita berkenaan yang bernilai 100 juta rupiah bersamaan RM29,724.

“Arahan fotografernya emang disuruh gitu”

Netizen di thread berkenaan juga ada berkongsi komen daripada ahli keluarga lelaki tersebut berkaitan majlis itu.

Menurutnya, tindakan pengantin lelaki itu hanyalah mengikut konsep tema perkahwinan dan kesemuanya adalah atas arahan jurugambar yang meminta lelaki berkenaan berkelakuan sedemikian. Laa pulak…

image is not available

Pengantin perempuan pula dalam satu perkongsian di IG story menjelaskan bahawa dia pada awalnya agak terkejut apabila mendapat tahu majlis perkahwinan viral.

Sama seperti penjelasan di atas, dia juga mengakui kelakuan suaminya sekadar mengikuti konsep majlis seperti yang diminta jurugambar dan perkara itu juga telah mendapat keizinan keluarga.

image is not available

“100 juta itu gak ada apa-apa jika dibanding harga diri si gadis dan keluarga”

Meskipun telah diberi penjelasan oleh pihak pengantin dan keluarga, video berkenaan tetap menerima kecaman netizen yang menganggap pengantin lelaki sebagai tidak beradab.

image is not available

Apa-apapun kita fikir positif jelah sebab pengantin sendiri dah cakap itu hanya konsep majlis je kan. Harap in real life tak macam tu lah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.