(VIDEO) Campak Duit & Hisap Rokok, Kelakuan ‘Acah’ Mafia Pengantin Lelaki Ketika ‘Wedding’ Dikecam Warganet

Entertainment
19 Jul 2022 • 6:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Persandingan semasa hari perkahwinan merupakan perkara yang paling dinanti-nanti oleh pasangan pengantin semasa majlis berlangsung.

Selalunya, pengantin akan memikirkan tema yang sesuai dan menarik untuk digayakan sempena hari yang bersejarah itu.

Namun, lain ceritanya yang berlaku di negara jiran Indonesia, apabila tema persandingan yang dilakukan menerima kecaman netizen.

Di dalam video yang dikongsikan di Twitter oleh pengguna yang dikenali sebagai Elvira, dapat dilihat pengantin lelaki menghisap rokok dan menunjukkan kelakuan yang kurang sopan semasa majlis dijalankan.

Selain itu, pengantin lelaki turut memberikan sejumlah mas kahwin sekitar 100 juta Rupiah (RM29,715.33) yang dikeluarkan daripada beg miliknya di hadapan pengantin wanita.

Tweet tersebut dihujani kecaman netizen-netizen dari Indonesia yang menganggap perbuatan pengantin itu sangat biadap serta mengundang kemarahan beberapa pihak.

image is not availableimage is not available

Walau bagaimanapun, pengantin lelaki berkenaan tampil menjelaskan bahawa kelakuannya hanyalah sebahagian daripada konsep perkahwinan yang disuruh oleh pihak fotografi.

image is not available

Selain itu, kami juga kongsikan pautan artikel trending yang lain di bawah.

image is not available 2 hari lalu

“Muka Jadi Tua Ketika Bersanding” - Wanita Dakwa Bekas Suami Disihir 'Cleaner' Sehingga Bercerai