Pengantin Lelaki ‘Cancel’ Nikah Sejam Sebelum Majlis, Iman Troye Beri Sokongan Moral Pada Gadis

Entertainment
6 Nov 2024 • 12:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu kejadian malang menimpa seorang bakal pengantin ini telah membuatkan ramai netizen bersimpati dengannya, ia dikongsikan menerusi satu hantaran seorang jurusolek di TikTok.

Dikatakan, pengantin lelaki telah membatalkan majlis nikah mereka sejam sebelum majlis bermula dan dalam video tersebut, ia memperlihatkan jurusolek itu sedang melakukan tugasnya sambil pengantin wanita itu dilihat seolah-olah sedang menahan air mata.

@puteriarissafrh

Senyum untuk bagi kekuatan

♬ Kita. – imantroye

Menjengah ke ruangan komen, jurusolek itu menyatakan bahawa kecurangan daripada pengantin lelaki yang menjadi punca kenapa pernikahan itu tidak dapat diteruskan.

image is not available

Dalam pada itu, jurusolek ini juga menepis dakwaan yang mengatakan bahawa apa yang ditayangkan ini hanyalah content semata-mata.

image is not available

Video yang telah meraih 717K tontonan dalam masa sehari itu telah membuatkan penyanyi Iman Troye turut menyatakan rasa sedih dan simpatinya terhadap buat pengantin ini, malah dia juga memberikan kata-kata semangat buatnya.

image is not available

Semoga apa yang menimpa pengantin ini akan dibalas dengan rezeki yang tidak ternilai buatnya.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.