
Baru-baru ini seorang jurusolek (MUA) iaitu Puteri Arissa telah membuat satu hantaran di TikTok berkongsi pengalaman menyedihkan daripada seorang pelanggannya.
Kira-kira satu jam sebelum majlis, pelanggannya yang juga merupakan pengantin wanita berkata, bakal suaminya telah membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir.
Video yang tular di TikTok
Senyum untuk bagi kekuatan
Walaubagaimanapun, wanita tersebut tetap ingin meneruskan sesi solekan meskipun mengetahui pihak lelaki tidak akan hadir di majlis perkahwinan mereka.
Lagi sejam nak bernikah, pihak lelaki ‘cancel’.
Hantaran tersebut telah menarik perhatian orang ramai dan rata-rata warga maya simpati dengan nasib wanita itu, ada juga yang meninggalkan komen berharap agar wanita tersebut terus kuat menghadapi ujian tersebut.

Dalam pada itu, video yang tular tersebut juga telah mendapat perhatian daripada penyanyi Iman Troye. Iman juga telah memberikan kata-kata semangat buat wanita berkenaan.

#OhMedianasihat
Kehidupan tidak selalu berjalan seperti yang dirancang, tetapi kekuatan sebenar ialah apabila kita mampu bangkit meskipun diuji dengan perkara yang menyakitkan. Untuk wanita ini dan mereka yang melalui situasi serupa, ingatlah bahawa setiap ujian adalah peluang untuk menjadi lebih kuat. Jangan biarkan kekecewaan hari ini meragut kebahagiaan esok. Teruslah percaya bahawa ada kebahagiaan yang lebih baik menanti di hadapan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @puteriarissafrh

![“Suara Dia Sedap” – Guru Vokal Ulas Nyanyian Ira Kazar Raih Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/music.jpeg)

