Pengantin Terkilan Ada Tetamu ‘Spoil’ Rakaman Detik Indah Ketika Hendak Berarak Untuk Bersanding

Entertainment
18 Jan 2024 • 4:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Waktu bersanding merupakan detik terindah buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, sebab itulah mereka mahu detik indah ini dirakamkan dan hire videographer serta photographer untuk disematkan sebagai kenangan abadi.

Namun begitu, detik indah buat pasangan ini terganggu apabila ada tetamu yang membuat ‘perangai’ sehingga menjejaskan kerja-kerja orang visual ini menghasilkan karya terbaik buat pengantin.

Seorang pengguna TikTok baru-baru ini ada kongsikan satu video saat dia bersama suami ketika mahu mula berarak. Namun begitu ketika baru mahu masuk ke tempat persandingan, ada tetamu tiba-tiba muncul di hadapan mereka untuk merakam gambar.

Katanya kepada WORLD OF BUZZ, dia begitu terkejut apabila mengenangkan semula insiden yang telah berlaku pada 14 Oktober tahun lepas. Menurut sumber lagi, lelaki tersebut merupakan ahli keluarga pihak pengantin sendiri.

Masa kami nak mula berarak, lepas beberapa saat pintu itu dibuka oleh abang saya, lelaki itu tiba-tiba datang ambil gambar.”

Dia juga mendedahkan bahawa mereka bersama ibu bapa di belakang terpaksa berhenti seketika.

“Juruvideo saya kecewa dan menggelengkan kepalanya. Saya dan suami pun terkilan tetapi memilih untuk mempercayai juruvideo kami untuk membetulkan video itu.”

@zuhaezoel

My videographer was really mad

♬ dźwięk oryginalny – Mariolka

Video yang telah meraih lebih daripada 140K jumlah tontonan ini membuatkan ramai netizen meluahkan rasa kurang senang dengan sikap lelaki tersebut bahkan ada yang kongsikan pengalaman seakan sama dengan pengantin ini lalui.

image is not available image is not available image is not available

Hurm, tak apalah, bab sini je terganggu, mudah-mudahan gambar dan rakaman lain tak ada gangguan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.