Pengarah Hospital Sri Aman curi perhatian, poster ucapan Tahun Baharu Cina tular

17 Feb 2026 • 7:18 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Hantaran poster ucapan Selamat Tahun Baharu Cina di Facebook rasmi Hospital Sri Aman, Sarawak, mendapat perhatian ramai sejak semalam apabila rata-rata pengguna media sosial terkesima dengan penampilan anggun Pengarahnya, Dr. Hazwani Mohd. Yusop.

Dalam hantaran tersebut, Dr. Hazwani mewakili pihak hospital mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina yang meraikan perayaan berkenaan.

“Semoga perayaan ini disambut dengan penuh makna bersama keluarga dan insan tersayang dalam suasana yang aman dan sejahtera,” katanya menerusi poster berkenaan.

Ruangan komen hantaran itu dibanjiri ucapan balas serta kata-kata pujian terhadap Dr. Hazwani. Malah, ada segelintir pengguna yang berseloroh kononnya mahu mendapatkan rawatan di hospital berkenaan kerana tertarik dengan penampilan pengarahnya.

“Ramai yang sakit nak jumpa pengarah,” tulis seorang pengikut Facebook.

“Kenapa saya tiba-tiba sakit,” kata seorang lagi pengguna secara berseloroh.

Bagaimanapun, dalam keghairahan komen berunsur gurauan itu, terdapat juga pengguna media sosial yang menegur tindakan berkenaan dan mengingatkan agar orang ramai menghormati pegawai kesihatan serta menjaga adab dalam berinteraksi di platform digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved