Pengarah syarikat tidak mengaku salah cuba langgar orang awam

6 Oct 2026 • 3:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pengarah syarikat tidak mengaku salah cuba langgar orang awam
Tertuduh, Min Quan, 37, mengaku tidak bersalah cuba melanggar seorang lelaki menggunakan kenderaan pacuan empat roda, hujung bulan lalu.

JOHOR BAHRU - Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan cuba membunuh dengan melanggar seorang lelaki menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Tertuduh, Chai Min Quan, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Kanageswari.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Noorulamin Soriani dengan niat menyebabkan kematian mangsa di Jalan Bayu 7, Bandar Seri Alam, di sini pada jam 8 pagi, 30 September lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd Nizam, manakala tertuduh diwakili peguam, Yap Chi Kei.

Nur Fatihah kemudian menawarkan jaminan RM20,000, namun Chi Kei memohon jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya tidak berisiko tinggi untuk melarikan diri ke luar negara.

N Kanageswari kemudian membenarkan jaminan berjumlah RM10,000 berserta tiga syarat tambahan, iaitu perlu melaporkan diri ke balai polis setiap bulan, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi serta mangsa.

Mahkamah menetapkan 18 November untuk sebutan semula kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved