Pengasas Kumpulan Weststar Syed Azman Dianugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2026

25 Aug 2026 • 1:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pengasas Kumpulan Weststar Syed Azman Dianugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2026

SERDANG, 25 Ogos (Bernama) -- Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Weststar Group Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim diumumkan sebagai penerima anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2026.

Pengikitirafan itu diberikan kepada Syed Azman atas pencapaian Weststar dalam menyediakan lebih 40 helikopter untuk operasi minyak dan gas, serta mencerminkan dominasi beliau dalam sektor penerbangan sokongan tenaga, serta kedudukan Weststar sebagai penyedia utama di rantau Asia Pasifik.

Selain itu, Syed Azman juga terlibat secara aktif dalam pelbagai inisiatif kebajikan, merangkumi pembangunan infrastruktur komuniti, bantuan bencana, sokongan kepada rumah anak yatim, pembinaan dan penyelenggaraan surau serta masjid di beberapa kawasan, dan program kebajikan setempat.

Banyak inisiatif itu dijalankan secara senyap tanpa publisiti, selari dengan pendekatan Syed Azman yang lebih suka bekerja di belakang tabir.

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di sini, hari ini.

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima Anugerah Maulidur Rasul bagi kategori Tokoh Wira Negara, atas jasanya semasa bertugas dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), antaranya mematahkan banyak sel pengganas dan rangkaian militan antarabangsa serta tempatan di dalam negara dengan cekap.

Penerima Anugerah Maulidur Rasul yang lain ialah guru agama Abdul Hamid Chin (Tokoh Agamawan); Ketua Unit Perkhidmatan OKU, Pejabat Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Ruzita Mohd Amin (Tokoh Wanita MADANI); dan bekas Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir (Tokoh Saintis/Inovatif Kreatif).

Baca juga:

Penerima Anugerah Maulidur Rasul yang lain ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (Tokoh Belia Harapan); pesara buruh Laman Yasim (Tokoh Keluarga Mithali); dan pempengaruh media sosial Muhammad Mikhael Sathyah yang menerima Tokoh Khas (Saudara Baru Cemerlang).

Sementara itu, dalam sidang media, Syed Azman berkata beliau amat terharu kerana dianugerahkan Tokoh Perdana pada Sambutan Maulidur Rasul tahun ini, dan akan terus menyebarkan aktiviti kebajikan. "Syarikat Kumpulan Weststar memang aktif bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di luar negara. Pada saya, semua ini (aktiviti kebajikan) ialah tanggungjawab setiap orang Islam untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik," katanya.

Ayob Khan berkata anugerah yang diterimanya ialah satu pengiktirafan kepada pasukan PDRM dalam konteks pengorbanan negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved