Pengasas Megaupload, Kim Dotcom Akan Diekstradisi Ke Amerika Syarikat

TechnologyDigital
16 Aug 2024 • 11:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kim Dotcom akhirnya akan diekstradisi dari New Zealand ke Amerika Syarikat untuk dihadapkan ke mahkamah kerana penglibatan beliau menubuhkan laman Megaupload. Beliau dan tiga lagi individu didakwa terlibat dalam penipuan atas talian, melanggar hak cipta pada skala komersial dan pengubahan wang haram menerusi Megaupload.

image is not available

Laman Megaupload yang dibuka pada tahun 2005 membenarkan pengguna menyimpan fail di atas talian yang kemudiannya boleh dikongsi dengan pengguna lain menerusi pautan. Dengan segera ia menjadi tempat simpanan perisian, permainan video, filem, siri TV dan muzik cetak rompak yang popular.

Operasi Megaupload terhenti pada 19 Januari 2012 selepas domain diambil alih oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atas kesalahan melanggar hak cipta. Kim Dotcom kemudian segera melancarkan laman baharu Mega yang masih lagi beroperasi ke hari ini.

Kim Dotcom kemudian ditahan di New Zealand tetapi berjaya menentang usaha untuk diekstradisi sejak 2012 kerana di pelanggaran hak cipta bukan suatu jenayah di negara tersebut. Beliau juga berkata beliau tidak boleh dipersalahkan kerana pelanggaran hak cipta dilakukan oleh pengguna Megaupload dan bukan pemilik perkhidmatan. Mahkamah New Zealand bersetuju dengan pendapat beliau dan beliau dibebaskan.

Arahan ekstradisi hanya diberikan hari ini selepas ia dikeluarkan oleh Menteri Kehakiman New Zealnd Paul Goldsmith dengan proses pengusiran keluar Kim Dotcom telah dimulakan.