Google Search Memperluaskan Integrasi Penawaran Jawapan Berasaskan AI Pada Hasil Carian Ke Indonesia, UK, India, Jepun

TechnologyDigital
15 Aug 2024 • 11:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini mengumumkan mereka akan memperluaskan penawaran integrasi jawapan berasaskan janaan kecerdasan buatan pada halaman carian, dinamakan AI Overviews, ke beberapa buah negara luar Amerika Syarikat. Sebanyak 6 negara menerima ciri baharu ini, iaitu Indonesia, Jepun, India, UK, Mexico, dan juga Brazil.

Sokongan integrasi jawapan berasaskan AI di negara-negara ini turut akan ditawarkan bersama-sama bahasa tempatan di negara tersebut.

image is not available

Untuk makluman, sebelum ini ia telah ditawarkan melalui Search Labs, yang memerlukan pengguna mengaktifkannya pada akaun masing-masing. Namun, dengan pengenalan Google ini, ia akan diaktifkan kepada semua secara automatik.

Google memaklumkan akan memperkenalkan kemaskini ini secara berperingkat kepada semua di negara berkenaan dalam minggu-minggu akan datang. Melaluinya, hasil janaan AI untuk kata kunci carian akan diperlihatkan pada bahagian atas, bersama-sama sumber, sebelum paparan carian seperti biasa disusuli pada bahagian bawah.