Pengawal Keselamatan Didakwa R*gol Budak Perempuan 9 Tahun Dalam Surau

Entertainment
8 Oct 2025 • 5:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pengawal keselamatan dari Terengganu telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas 3 pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan pada bulan lalu.

Tertuduh yang bernama Mohd Afizzafri Residalan, 30 yang bertugas di sebuah pasar raya yang terletak di Bandar Chukai bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas Hakim Wan Suhaila Mohd membacakan kesemua pertuduhan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol kanak-kanak usia 9 tahun pada September lalu sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi di dalam sebuah surau.

Untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa membuat perkara sama di dalam sebuah kedai permainan kanak-kanak di sebuah pasar raya berhanmpiran dengan surau berkeaan pada hari dan masa yang sama.

image is not available

Bagi pertuduhan ketiga, Afizzafri telah merogol kanak-kanak terbabit di dalam kenderaan di pekarangan pasar raya itu pada hari dan masa yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu mengikut seksyen 376(2)(e) yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun serta sebatan.

Wan Suhaila kemudiannya teleh membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 8,000 bagi setiap pertuduhan. Hakim telah menetapkan tarikh 5 November depan sebagai sebulan semula kes dan kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Asyikin Hashim.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.