
Apalah Hari Raya sekiranya tiada promosi mahupun diskaun untuk pelbagai perkara berkaitannya. Jika umum mengetahui diskaun tol lebuhraya yang diberikan sempena Hari Raya, menariknya untuk pengguna EV juga tidak terkecuali menerusi diskaun pengecasan. Jika tahun terdahulu pelbagai syarikat pengecasan mengumumkan promosi mereka untuk beberapa minggu, tahun ini menyaksikan TNB Electron hadir dengan promosi diskaun pengecasan selama sebulan.

Bermula 17 Mac sehingga 16 April 2026, TNB Electron menawarkan diskaun sebanyak 25% per kWh untuk kesemua pengecas kereta elektrik mereka di seluruh Malaysia. Anda boleh menggunakan dua cara untuk membayarnya, menerusi kad debit dan kad kredit, atau menggunakan aplikasi Go To-U bagi mengaktifkan pengecas.

Dengan banyaknya pertambahan lokasi baru pengecas TNB Elektron seperti di Kangar, Tanjung Rambutan, Jeli, Muadzam Shah, Kuala Selangor, Taiping dan bermacam lagi, pastinya anda boleh beraya di merata tempat tanpa sebarang kegusaran pengecasan. Layari halaman rasmi TNB Elektron untuk maklumat lanjut mengenai lokasi pengecas mereka.



