Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

LocalBusiness & Finance
2 Jul 2026 • 12:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

KUALA LUMPUR - Sekitar 84 peratus mesin juruwang automatik (ATM) atau 16,000 seluruh negara disahkan terlibat dalam pengegecualian caj RM1 bagi pengeluaran wang tunai.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penjelasan telah diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa pengecualian caj tersebut bertujuan memberi kelegaan kepada pengguna menerusi rangkaian perkongsian ATM antara bank.

Menurutnya, beliau telah menghubungi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan penjelasan, dan pada asasnya pengecualian caj tersebut bertujuan memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat, melalui rangkaian perkongsian ATM antara bank yang mengambil bahagian dalam sistem perkongsian itu.

“Pelaksanaan itu hanya melibatkan ATM milik bank yang berada dalam rangkaian kerjasama tersebut, merangkumi 84 peratus atau hampir 16,000 mesin ATM di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, baki kira-kira 16 peratus lagi merupakan ATM yang dikendalikan oleh pengendali bebas di bawah model komersial berbeza dan tidak termasuk dalam skop pengecualian caj berkenaan.

"Pengumuman ini terpakai kepada ATM milik bank yang menyertai rangkaian kerjasama tersebut. Sementara itu, ATM yang dikendalikan oleh pengendali bebas tidak termasuk dalam pengecualian ini," katanya.

Fahmi berkata, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pelaksanaan inisiatif itu.

Beliau turut memaklumkan, pengguna boleh mengenal pasti ATM milik bank melalui logo bank dipaparkan, berbeza dengan mesin yang dikendalikan pihak ketiga.

"Sekiranya mana-mana pengguna mendapati mereka masih dikenakan caj RM1 bagi pengeluaran wang di ATM milik bank, mereka boleh membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya. - Getaran, 2 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved