Fahmi Jelaskan Kenapa Masih Ada ATM Kenakan Fi RM1

LocalBusiness & Finance
2 Jul 2026 • 2:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Fahmi Jelaskan Kenapa Masih Ada ATM Kenakan Fi RM1

Fahmi Jelaskan Kenapa Masih Ada ATM Yang Kenakan Fi RM1

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil tampil memberikan penjelasan berhubung persoalan yang dibangkitkan orang ramai mengenai pelaksanaan pengecualian fi berkenaan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai.

Kata beliau, pengecualian berkenaan hanya melibatkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dimiliki dan dikendalikan oleh bank.

"Sekarang semua atm yang dimiliki oleh bank telah membuat pengecualian fi. Tapi ATM yang tidak dimiliki oleh bank (syarikat persendirian) contoh yang tidak mengenakan logo bank ini mempunyai perjanjian-perjanjian komersial, berbeza dengan bank.

"Daripada 16,000 ATM diseluruh negara, 84 peratus dimiliki oleh bank. Baki dimiliki oleh syarikat persendirian yang bukan bank.

"Jadi, syarikat inilah yang mengenakan fi RM1 kerana mempunyai perjanjian komersial.

"Pengecualian fi meliputi ATM milik bank yang menyertai rangkaian perkongsian ATM, melibatkan kira-kira 84 peratus daripada hampir 16,000 mesin ATM di seluruh negara," katanya.

Baca juga:

Tegas Fahmi, semua ATM yang dimiliki oleh bank kini tidak lagi mengenakan fi RM1.

Susulan itu, mana-mana pengguna yang masih dikenakan caj fi RM1 ketika membuat pengeluaran wang tunai di ATM, diminta untuk membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

"BNM juga memaklumkan sekiranya ada mana-mana pihak yang mendapati mereka masih dikenakan fi RM1 walaupun mereka mengeluarkan wang tunai dari ATM dimiliki oleh bank..

"Laporkan kepada BNM untuk tindakan susulan," katanya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved