Pengedar ditahan seleweng diesel hampir RM1 juta

2 Oct 2026 • 11:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pengedar ditahan seleweng diesel hampir RM1 juta

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki tempatan yang dipercayai berperanan sebagai pengedar ditahan selepas kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi sebanyak 23,000 liter bernilai RM949,160 terbongkar di Jalan Penaga, Taman Kota Puteri, Masai, di sini semalam.

Suspek berusia 50 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 11.45 pagi menerusi Op Taring Landai yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Noor Azman Jamal berkata, operasi tersebut dijalankan susulan maklumat awam berhubung kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi.

Katanya, pemeriksaan awal dilakukan Unit Risik Marin (URM) Johor terhadap dua buah lori yang berada di lokasi berkenaan.

“Pemeriksaan yang disaksikan pemandu terbabit membawa kepada penemuan sejumlah minyak diesel yang disimpan di dalam tangki petak (square tank) di bahagian belakang lori.

“Hasil soal siasat awal dan pandu arah daripada suspek kemudiannya membawa pasukan polis kepada penemuan tiga lagi lori yang diletakkan di tepi jalan berhampiran premis tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, keseluruhan lima lori disita dalam operasi berkenaan membabitkan dua lori jenis Isuzu berwarna hijau, dua lori Hino berwarna putih dan sebuah lori Mitsubishi Fuso berwarna hijau.

Noor Azman berkata, selain lima lori, pihaknya turut menyita 23,000 liter diesel, 24 tangki petak serta dua pam elektrik lengkap dengan hos.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Tangkapan dan kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor untuk tindakan lanjut,” katanya.  -KOSMO! ONLINE

The post Pengedar ditahan seleweng diesel hampir RM1 juta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved