SPRM tahan pengerusi perumahan disyaki seleweng RM1.6 juta

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 9:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: SPRM tahan pengerusi perumahan disyaki seleweng RM1.6 juta
Suspek ditahan kira-kira ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Johor. Foto hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang pengerusi jawatankuasa perumahan sebuah badan berkanun persekutuan di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta wang daripada kira-kira 400 pemohon lot tapak rumah membabitkan jumlah keseluruhan sekitar RM1.6 juta.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 7.30 malam pada Isnin ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Johor.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta kira-kira RM4,000 daripada setiap pemohon bagi urusan permohonan lot tapak perumahan kerajaan.

Siasatan awal mendapati kegiatan berkenaan dipercayai berlaku antara 2016 hingga 2025.

Wang yang dikutip itu pula dipercayai diseleweng untuk kegunaan sendiri melalui pengeluaran daripada akaun bank jawatankuasa berkenaan menggunakan invois palsu.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Hairuzam Mohmad Amin@Hamim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A), Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan,” katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved