Pengeluaran Cip NVIDIA H20 Dilaporkan Telah Dihentikan

LocalTechnology
23 Aug 2025 • 7:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

NVIDIA dilaporkan telah menghentikan pengeluaran cip kecerdasan buatan (AI) NVIDIA H20 menurut laporan Reuters. Arahan diberikan kepada rantaian bekalan untuk menghentikan pengeluaran selepas kerajaan China menghalang penggunaan cip ini daripada digunakan kerana risiko ia digunakan bagi tujuan risikan.

image is not available

Cip NVIDIA H20 hanya dipasarkan ke China bagi memenuhi arahan kerajaan Amerika Syarikat yang tidak membenarkan cip AI paling berkuasa dijual ke negara tersebut. NVIDIA dituduh China meletakkan pintu belakang, suis membunuh dan perisian hasad yang melakukan risikan dengan NVIDIA segera menafikan dakwaan tersebut.

Pada waktu yang sama NVIDIA telah mula menunjukkan sampel cip B30A kepada pelanggan di China dengan ia adalah lebih berkuasa berbanding H20 kerana berasaskan senibina Blackwell. Ia dipercayai mempunyai sehingga 80% kuasa cip B300. Penjualan cip ini masih belum diluluskan pentadbiran Trump tetapi NVIDIA dipercayai yakin ia dapat diperoleh kerana bersetuju memberikan 15% pendapatan jualan kepada kerajaan Amerika.