Pengeluaran Coupe Lexus RC & RC F Diakhiri Dengan Edisi Khas – Terhad 200 Unit

21 Jan 2025 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not availableimage is not available

Coupe Lexus RC dan RC F bakal ditamatkan pengeluarannya November ini

Jenama mewah Toyota, Lexus, bakal mengucapkan selamat tinggal kepada model coupe RC dan RC F dengan memperkenalkan edisi khas "Final Edition". Model ini hanya dikeluarkan sebanyak 200 unit, eksklusif untuk pasaran Jepun dan Amerika Utara.

Sentuhan Rekaan & Ciri Mekanikal Istimewa

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

RC F Final Edition

Menurut Lexus, kedua-dua model coupe ini diberikan penambahbaikan dari segi estetika dan mekanikal. Untuk RC F Final Edition, model ini dipasangkan dengan rim aloi tempa (forged) BBS bersaiz 19 inci dengan kemasan Metal Star Gloss Black. Selain itu, terdapat angkup brek merah Brembo, cermin sisi hitam, serta kit aerodinamik gentian karbon yang diadaptasi daripada pakej karbon model 2024. Edisi ini turut memperkenalkan warna baharu ‘Sonic Iridium’, menjadikan kini tujuh pilihan warna ditawarkan untuk pembeli di Amerika.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

RC Final Edition

Seterusnya, ditawarkan khas untuk pasaran Jepun iaitu RC Final Edition yang hadir dengan rim aloi Enkei bersaiz 19 inci yang menggunakan kemasan cat “sputtering”. Sama seperti RC F, ia turut menampilkan angkup brek merah dan cermin sisi hitam dengan sisipan smoked. Model ini ditawarkan dalam sembilan pilihan warna, iaitu dua warna lebih banyak berbanding RC F.

Kabin Kekal Mewah & Eksklusif

image is not availableimage is not available

Kedua-dua model ini menampilkan rekaan dalaman bertemakan gabungan warna hitam dan merah menyala atau Flare Red, lengkap dengan logo khas “Final Edition”. Kabin diberikan kemasan Ultrasuede yang dipadankan bersama jahitan merah dan sisipan gentian karbon. Lexus turut menambah ciri istimewa seperti animasi permulaan khas pada panel instrumen digital.

Pelbagai Konfigurasi Trenkuasa Untuk Pasaran Berbeza

Bagi RC Final Edition, pembeli di Amerika Utara ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu enjin 2.0 liter 4 silinder turbo dan 3.5 liter V6 turbo petrol. Di Jepun, terdapat tambahan pilihan trenkuasa hibrid 2.5 liter.

Sementara itu, RC F Final Edition dilengkapi enjin 5.0 liter V8 tanpa turbo yang menghasilkan 466 hp. Lexus menyatakan enjin ini telah diperhalusi untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan bunyi enjin yang memukau. Model ini juga menerima peningkatan mekanikal seperti pembeza gelincir terhad (LSD) yang ditambah baik, menjanjikan respons pecutan yang lebih tajam.

Harga & Ketersediaan Di Pasaran

Kedua-dua RC dan RC F Final Edition kini dibuka untuk tempahan di Jepun. Harga bermula daripada JPY6.66 juta (~RM190,389) untuk RC300 Final Edition, manakala RC F Final Edition pula bermula daripada JPY13.6 juta (~RM392,316).

Edisi terakhir ini bukan sahaja menjadi penghormatan kepada model ikonik Lexus tetapi juga peluang terakhir untuk peminat memiliki coupe ini sebelum ia dihentikan pengeluarannya.

Semakin Menghampiri Pengakhiran

image is not available

Sejak diperkenalkan pada 2014, siri Lexus RC telah menjadi salah satu model coupe yang popular di peringkat global dengan rekod jualan mencecah 79,000 unit, berada jauh di hadapan pesaingnya, BMW M4 Coupe, yang hanya terjual sebanyak 12,000 unit setakat ini.

Kini, setelah lebih satu dekad, pengeluaran kedua-dua model ini akan ditamatkan pada November tahun ini. Walaupun spekulasi mengenai model penggantinya masih samar, edisi khas ini pastinya menjadi buruan peminat.