Pengeluaran Telefon Pintar Susut 8% Pada Q2 2023

TechnologyDigital
5 Aug 2023 • 10:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple dan Samsung telah melaporkan pendapatan mereka pada suku yang lalu. Kedua-duanya mengalami penyusutan pendapatan memberikan petanda pasaran telefon pintar pada tahun 2023 akan terjejas. Counterpoint Research menerbitkan laporan pengeluaran telefon pintar pada Q2 2023 dan berlaku pengurangan 8% berbanding Q2 2022.

image is not available

Samsung masih memegang peratusan terbesar di hadapan Apple, Xiaomi, Oppo dan Vivo. Perbezaan pegangan pasaran Apple dan Samsung hanyalah 3%. Sungguhpun jurang peratusan pegangan adalah kecil, Apple memegang 45% pendapatan jualan telefon pintar. Jauh di hadapan Samsung yang memegang hanya 17%.

Taktik Apple menjual iPhone pada harga premium berjaya menjana pendapatan yang tinggi. Pada suku lalu pendapatan iPhone hanya 2% lebih rendah berbanding Q2 2022. Keuntungan Samsung Electronics pula menyusut lebih 90% akibat pasaran cip yang tertejas serta jualan telefon pintar yang menurun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved