
JAKARTA – Seorang peminta sedekah di Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat menjadi sensasi internet selepas dirakam membeli barang kemas bernilai 46 juta rupiah (RM10,460) di sebuah kedai emas, lapor laman berita Lambe Turah.
Wanita bernama Ceu Epon itu dikenali ramai kerana kerap meminta sedekah di kawasan Pasar Singaparna.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @iis.isnawati165 menunjukkan Ceu datang ke sebuah kedai emas tempatan sebelum mengeluarkan wang tunai puluhan juta rupiah dari dalam plastik hitam yang dibawanya.
Dia kemudian memilih barang kemas yang diinginkan dan segera membuat pembayaran.
Rakaman itu mencatatkan lebih 48,600 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“‘CEO’ sebenar,” kata seorang netizen.
“Itu duit rakyat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Pengemis beli barang kemas lebih RM10,000 appeared first on Kosmo Online.






