Pengendali ChatGPT dituduh langgar hak cipta data untuk melatih AI

Technology
20 Feb 2023 • 6:26 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Outlet media utama mula menzahirkan kebimbangan terhadap ChatGPT yang menggunakan kandungan hasilan mereka tanpa kebenaran. Seperti anda sedia maklum, seperti semua kecerdasan buatan, ChatGPT juga perlu dilatih dan tentu sekali ia melibatkan penggunaan data dunia sebenar.

Wakil kepada Wall Street Journal menyatakan yang kecerdasan buatan perlulah memiliki kebenaran penggunaan hak cipta yang sepatutnya sebelum menjarah mana-mana data untuk tujuan latihan.

Kebimbangan ini meletus apabila salah seorang pengguna Twitter berkongsikan apakah respons ChatGPT apabila ditanyakan tentang apakah sumber data yang digunakan untuk latihannya dan ia memuntahkan 20 outlet media terkenal sebagai sumbernya.

Keupayaan kecerdasan buatan untuk menjana kandungan dengan baik kini  mengagumkan dan ia bukanlah kali pertama kecerdasan buatan dibimbangi melanggar hak cipta. Misalnya, pengendali ChatGPT sendiri pernah disaman dek perisian GitHub Copilot yang didakwa meniru kod aturcara orang lain.

Lagi insiden tentang pengendali kecerdasan buatan mempelagiat data. Sekumpulan artis pernah menyaman DeviantArt Inc. mendakwa syarikat itu menggunakan hasil seni tanpa kebenaran sah ataupun membayar pampasan kepada pihak yang sepatutnya.

Sumber: Bloomberg