Pengerusi jawatankuasa perumahan badan berkanun ditahan, dipercayai rasuah RM1.6 juta

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 9:43 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pengerusi jawatankuasa perumahan badan berkanun ditahan, dipercayai rasuah RM1.6 juta

JOHOR BAHRU: Seorang pengerusi jawatankuasa perumahan sebuah badan berkanun di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan melibatkan rasuah bernilai RM1.6 juta, malam tadi.

Difahamkan, individu berusia 40-an itu ditahan pihak berkuasa berkenaan selepas hadir memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM Johor, di sini.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta wang RM4,000 setiap seorang daripada 400 pemohon lot tapak rumah membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.6 juta.

Wang berkenaan kemudiannya diseleweng untuk kegunaan peribadi melalui pengeluaran daripada akaun bank jawatankuasa terbabit menggunakan invois palsu.

Kesalahan tersebut dipercayai dilakukan antara tahun 2016 hingga tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan penahanan suspek dan memberitahu suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A); Sesyen 18 dan Sesyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.-UTUSAN

The post Pengerusi jawatankuasa perumahan badan berkanun ditahan, dipercayai rasuah RM1.6 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved