Pengerusi perumahan dicekup ‘makan’ rasuah RM1.6 juta

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 10:16 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pengerusi perumahan dicekup ‘makan’ rasuah RM1.6 juta

JOHOR BAHRU – Seorang pengerusi jawatankuasa perumahan sebuah badan berkanun di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1.6 juta.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dipercayai mengenakan bayaran kira-kira RM4,000 seorang terhadap 400 pemohon lot tapak rumah bagi melancarkan urusan permohonan tanah kerajaan.

Menurut SPRM Johor, suspek dipercayai menyalahgunakan kedudukannya dengan memperdaya pemohon dalam urusan permohonan lot tapak perumahan antara 2016 hingga 2025.

“Suspek ditahan kira-kira pukul 7.30 malam semalam ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Johor.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta dan menerima wang daripada pemohon lot tapak rumah dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.6 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut SPRM, wang yang diperoleh daripada pemohon terbabit dipercayai kemudiannya diseleweng untuk kegunaan peribadi.

Katanya, suspek dipercayai menggunakan invois palsu bagi mengeluarkan wang daripada akaun bank jawatankuasa berkenaan.

“Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan secara berperingkat dalam tempoh hampir sedekad iaitu dari 2016 hingga 2025,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan penahanan suspek.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A), Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post Pengerusi perumahan dicekup ‘makan’ rasuah RM1.6 juta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved