Pengguna Android Kini Boleh Menghasilkan Rekaan Calling Cards Sendiri

TechnologyDigital
4 Mar 2026 • 10:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Ogos lalu Google memberikan ciri Caling Cards yang membolehkan individu di dalam buku alamat telefon diberikan “kad panggilan” tersendiri mirip Contact Poster di iOS. Pemilik peranti boleh menetapkan gambar dan teks yang digunakan untuk individu berbeza. Apabila panggilan telefon diterima daripada mereka, kad ini akan dipaparkan menggantikan skrin hitam kosong yang dipaparkan sebelum ini.

image is not available

Hari ini ciri ini dikemas kini membolehkan pemilik Android untuk menghasilkan sendiri rekaan Calling Cards mereka. Rekaan Calling Cards ini akan dipaparkan secara automatik pada peranti Android yang menerima panggilan telefon secara automatik. Untuk menggunakan ciri ini, aplikasi Phone by Google perlu digunakan secara lalai di telefon pintar.

Pilihan pemperibadian Calling Cards adalah terhad pada ketika ini dengan hanya gambar, reka huruf teks dan warna teks sahaja boleh diubah. Berbeza sekali dengan name Contact Poster yang membenarkan warna gambar, pilihan penuras dan Memoji digunakan.